Thursday, January 20, 2011

Alhamdulillah...ramai dah anak sedaraku....

33 orang dah?? Wah2 boleh tahan jugak ramainya anak buah aku ni. Syukur di atas nikmat yang Allah kurniakan. Beruntungnya adik-beradikku semua. Tahniahlah kerana telah meyempurnakan sebahagian daripada sunnah Rasullullah SAW.

Menyentuh hal anak sedara ni, teringat asal usul nama chichi ebum yang aku gunakan untuk blog ni. Al-kisahnya anak Big Boss yang sulung, namanya Hazwan. Dia ni masa kecik-kecik dulu dia suka dok nyebut apa2 je perkataan yang kadangkala aku dok pikir manalah dia dapat perkataan2 ni semua....kalau x salah waktu tu umur dia 3 atau 4 tahun, time tu dia tengah dok sibuk melayan adiknya (Fathin) yang waktu tu blom merangkak lagipun....acah punya acah siap kuarlah bunyi yang macam2.....haaa...time tu ler dia sebut chichi ebum...chichi ebum berkali-kali sambil dok pegang tangan si adik yang kecil molek tu. Bila first time aku dengar tu mmg aku gelaklah....apa2 jelah Wan ni.....