Monday, December 12, 2011

Kucing yang pernah singgah di ruang hidupku....

Dah lama tak bela kucing. Tapi nak dijadikan cerita, masa balik rumah tu ada 3 ekor bb meow yang diletakkan kat grill belakang umah oleh ibu meow itu sendiri.....pandainya dia.... mula2 tu bagi makan je, lama2 cam suka plak....apa lagi...siap bawak masuk dalam umah.....belalah juga dan sampai beranak pinak. 

kiki

yellow

cibig dan citel

yellow dan kiki beranak, masing2 melahirkan 4 ekor anak...meriah..!!














Roti.!!! Aku memang sukakan ko....

Assalamualaikum......

Salam bahagia buat semua dan salam keimanan yang menebal di jiwa. Hari ni terpandang oven yang dah lama tak digunakan...tetiba teringat first time buat roti. Hmmm....lucu sungguh hasilnya, masa keluar dari oven tu boleh lagi telan masa hangat2 tu....bau dah bau roti, tapi bila sejuk je....dah jadi macam batang kayu pulak kerasnya. Sape yang nak makan...? Sape lagi kalau bukan tong sampah yang makan.....hehehehe....

Hari2 dok ngadap internet tiba2 terfikir nak search resepi roti....mak ooiii....ada banyaklah rupanya....ada Mat Gebu (tiffinbiru.blogspot.com), ada Ros (jintanmanis.com) ada kak Ummi kuantan ( home sweet home) tu dan ramai lagilah.....depa2 ni blogger masakan yang hebat. jealous tau depa ni semua kebanyakkannya ada BM, aku ni bilalah berpeluang nak memiliki si BM tu....penat seh uli roti pakai tangan....sekali uli sengal semalaman tangannya. Hahhaha....overnyee......

Okayla....okayla....ni ada satu bukti yang nak diwar-warkan yang aku dah berjaya menghasilkan roti dengan titik peluh sendiri....huhu....tima kasihlah kepada blogger2 masakan yang mana sudi berkongsikan resepi2 roti yang sedap dan dijamin memikat selera tu.....

tak beberapa nak smooth doh yang dah dibulatkan kecil2 ni.....

Barang2nya senang nak cari, kaedah membuatnya pun mudah....yang tak beberapa nak mudahnya time nak menguli tu le.....sape2 yang memang rajin menguli tu dan memiliki kesabaran yang tinggi...rasanya xde masalah nak buat roti ni. Confirm sodapppp....!

beberapa ketul tu diletakkan chocolate rice, dan yang lain2 tu ditaburkan gula

hah..! tu dia...ni lah hasilnya.........

Percubaan yang ni bukanlah kali pertama, tapi still x smooth lagi. Lepas tu ada lagi percubaan yang seterusnya. Ni dia....

ha...yang ni memang sedap....!!

Memang takde ruginya kalau rajin mencuba.....lama2 mencuba...insyaAllah, hasilnya memuaskan hati. Lepas ni harap2 ada masa nak try buat resepi roti yang lain pulak....InsyaAllah.....

Wednesday, December 7, 2011

berkebun ada juga baiknya....


Dah lama tak berkebun dan menjaga tanaman, semenjak kesibukkan menghambat masa. Ni aku postkan gambar2 tanaman yang ada dikebun miniku. 

Cili padi yang masih muda, boleh juga dipetik untuk dinikmati...pedas juga walaupun tak pedas giler...setelah bertukar merah, barulah pedas giler.....huh...pedas. Tapi sedap tu....


Kebunku yang sekangkang kera....huhu,  di belakang umah sewaku. Tempatku menghabiskan masa lapang dan mencari ketenangan.