Wednesday, June 26, 2013

Menu Kelantan : Singgang Daging Lembu Power

Assalamualaikum w.b.t.....

Salam ceria untuk semua sempena turunnya hujan yang dinantikan untuk membersihkan jerebu yang teruk melanda negara. Alhamdulillah, segala pujian hanyalah untuk Allah..tuhan sekelian alam.

Semalam petang sewaktu balik dari kerja, sempat singgah jap kat kedai runcit depan rumah. Nak intai ikan apa yang ada untuk dijadikan juadah makan malam. Sekali ternampak pula daging lembu, so belilah daging. Dalam kepala dah fikir dah...daging ni kalau masak singgang pun sodap..hehehe.



Di kampung, singgang ikan dan daging lembu ini sering dijadikan juadah makan tengahari ataupun malam. Hidangannya sangat ringkas dan mudah disediakan dan ditambah pula dengan rasanya yang tidak menjemukan tekak, sangat-sangat memenuhi citarasa semua.

Keenakkan singgang ni sebenarnya terletak pada kuah yang dihirup, tergabung segala jenis rasa di dalamnya (masam, masin dan manis)  dan bahan-bahannya bersebati dengan elok di dalam periuk.


































Jom kita semak resepinya,

Bahan-bahan :

500 gm daging lembu
6 biji bawang merah kecil ( letak 10 biji pun xpe)- dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
2 inci lengkuas - diketuk
1 sudu besar biji ketumbar - ditumbuk kasar
7 tangkai lada kering - dipotong-potong
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar Budu ( rahsia penyedap rasa )
2 keping asam gelugor

Langkah - langkah memasaknya,

Hiris daging lembu macam nak masak kari daging dan masukkan ke dalam periuk. Setelah itu masukkan pula semua bahan-bahan lain bersama 1/2 gelas air dan dibiarkan seketika. Menurut mak saya, ini adalah bertujuan untuk mensebatikan semua bahan-bahannya.

Lebih kurang 15 - 30 minit dibiarkan bolehlah dituangkan air lagi dan renehkan singgang daging ini dengan api yang perlahan sehingga dagingnya empuk.

Senangkan cara menyediakannya?







No comments:

Post a Comment